SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang juga operator sebuah kilang ditahan kerana disyaki mendatangkan kecederaan menggunakan senjata ke atas seorang remaja, dalam kejadian di Pantai Merdeka pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, wanita berusia 23 tahun itu ditahan selepas satu laporan diterima dari mangsa yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, pada hari yang sama.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada jam kira-kira 6.22 petang apabila mangsa berada di gerai kakaknya yang menjual mainan di Pantai Merdeka sebelum didatangi suspek.
"Mangsa dikatakan diserang suspek menggunakan kunci kereta sehingga berlaku pergelutan.
"Akibat kejadian, mangsa mengalami luka di kening kanan selain berasa sengal badan akibat kesan jatuh ditolak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kejadian turut tular di media sosial Facebook sehingga menerima lebih 900 komen serta dikongsi 2,600 netizen.
Turut dimuat naik video durasi 19 saat yang menunjukkan mangsa mengalami luka di bahagian muka setelah diserang suspek.
Menurut Zaidy, serangan dipercayai berpunca disebabkan rasa tidak berpuas hati terhadap keluarga mangsa berkaitan perniagaan.
Jelasnya, mangsa menjalani rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Suspek direman bermula 20 hingga 22 Jun 2022 bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 20 2022
Tangkap layar menunjukkan seorang remaja cedera di bahagian muka akibat diserang suspek dalam kejadian di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah. - Foto video tular
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Remaja 14 tahun patah tulang terjatuh ketika dikejar anjing
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun patah tulang bahu selepas basikalnya terlanggar tembok sebuah rumah ketika dikejar seekor anjing di Taman Rapat Permai, semalam.
Dua remaja cedera, motosikal langgar MPV polis
Dua remaja cedera, motosikal langgar MPV polis
Wanita serang remaja di Pantai Merdeka ditahan
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berada di gerai kakaknya yang menjual mainan di Pantai Merdeka sebelum didatangi suspek.
Remaja lelaki cedera digigit buaya
Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Hasil Al-Kamar, 14, cedera di paha kaki kanan.
Dua mangsa kemalangan basikal dijangka keluar wad hari ini
Dua daripada lapan remaja yang cedera ketika berbasikal dua hari lepas dijangka dibenarkan keluar dari wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) petang ini.